Biar saya kalah, tetapi suara orang sakit dan lapar tidak kalah

Kuan Chee Heng beramah mesra dengan masyarakat di Semenyih.
Kuan Chee Heng beramah mesra dengan masyarakat di Semenyih.
A
A
A

SEMENYIH - Keputusan untuk menjadi calon Bebas bukanlah untuk menunjuk, tetapi mengingatkan Yang Berhormat untuk menjalankan tugasnya apabila dipilih.

Kuan Chee Heng berkata, beliau bukan mahu menunjuk, tetapi sekadar mahu mengingatkan calon agar berkhidmat dan bukan jadi Yang Berhormat.

"Saya bukan kaya. Saya anak penoreh getah. Saya ke Semenyih bukan cari kekayaan tetapi ketenangan dan kedamaian jiwa kerana kita semua faham apa itu susah.

"Mati itu pasti.... sebelum mati... pastikan orang lapar dan sakit itu diberi bantuan... itu sahaja.... tiada apa yang saya pinta... biar saya kalah... tapi suara orang sakit dan lapar tak kalah," katanya yang dipetik menerusi entri Facebooknya. .

Chee Heng atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Kentang' berkata, beliau tidak kisah sekiranya kalah dalam PRK ini, asalkan misi dilaksanakan olehnya iaitu dapat mengurangkan orang sakit dan lapar.

"Saya bertanding tiada nama besar, tidak ada Menteri datang sokong...tiada parti politik dan bendera politik.

"Tetapi saya ada empat 'kawan' hebat iaitu misi, visi, hati, anda," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!