Bila semua panik akibat PKP

Keadaan di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam menghala ke UpTown Shah Alam (Seksyen 25) yang sesak ketika tinjauan menjelang pelaksanaan PKP.
Keadaan di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam menghala ke UpTown Shah Alam (Seksyen 25) yang sesak ketika tinjauan menjelang pelaksanaan PKP.
A
A
A

MERAK Jalanan sudah jangka berlaku kesesakan luar biasa sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pada Rabu, beberapa jalan utama sesak teruk sejak tengah hari hingga ke lewat malam.

Ramai terperangkap dalam kenderaan sehingga berjam-jam, malah ada yang terpaksa berbuka puasa dalam kereta.

Merak Jalanan juga salah seorang mangsa tetapi bernasib baik kerana sempat berbuka puasa di pejabat sebelum bergerak pulang ke rumah.

Apabila berlaku situasi sebegini, akan timbul rungutan dan kecaman ramai.

Ada yang mengaitkannya dengan sikap rakyat Malaysia, kononnya ramai yang ghairah keluar membeli-belah bagi membuat persiapan raya sebelum PKP dilaksanakan.

Merak Jalanan setuju membeli-belah mungkin salah satu sebab.

Tapi sebenarnya ramai yang keluar untuk menyelesaikan banyak perkara lain.

Artikel Berkaitan:

Selain memandu pulang dari tempat kerja, ada yang mengambil kesempatan berbuka puasa di luar buat kali terakhir pada tahun ini.

Ada juga meluangkan masa melawat keluarga atau menziarah kubur. Bagi peniaga online pula, sehari sebelum PKP perlu menguruskan semua penghantaran dari rumah ke rumah.

Disebabkan semua nak diselesaikan sebelum PKP, maka berlakulah kesesakan jalan raya.

Mungkin pada fikiran mereka, apabila PKP bermula, semua tidak boleh dibuat lagi.

Bagi Merak Jalanan, orang ramai tidak perlulah panik sehingga terpaksa menyelesaikan semua perkara sebelum PKP seolah-olah tiada hari esok.

Mana-mana yang boleh ditangguhkan, tangguhkanlah dulu.

Bukan apa, apabila terlalu sesak, kita membuka ruang kepada virus Covid-19 untuk membiak.

Merak Jalanan juga seperti orang lain mengharapkan Covid-19 dihapuskan sepenuhnya supaya tidak lagi berhari raya tanpa keluarga buat kali ketiga pada tahun depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!