Ketua Pemuda Pas Selangor positif Covid-19

Hanafi Zulkapli
Hanafi Zulkapli
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli disahkan positif wabak Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan selanjutnya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin menerusi kemas kini di laman Facebook pada Jumaat.

Menurut Khairil, Hanafi yang sebelum ini menjalani proses kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang juga terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh susulan demam berpanjangan dan keadaan badannya yang semakin lemah.

"Saya dapat berita yang menyedihkan hati pada malam semalam dan kalau diikutkan hati, saya nak ke Hospital Sungai Buloh sekarang juga.

"Sahabat saya (Hanafi) sedang menjalani kuarantin di MAEPS terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh akibat demam berpanjangan dan badan semakin lemah," katanya.

Tambah beliau, sepanjang perkhidmatan, Hanafi merupakan seorang petugas dan pimpinan yang sangat komited dalam menggerakan barisan Pemuda Pas.

"Ya ALLAH, engkau sembuhkanlah sahabat seperjuanganku ini dan mereka yang terjejas dengan virus Covid-19 ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!