Pelajar perempuan AS lepaskan tembakan di sekolah

Tiga orang cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di Sekolah Menengah Rigby dekat Idaho Falls pada Khamis. - Foto NDELRIEGO/Twitter
Tiga orang cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di Sekolah Menengah Rigby dekat Idaho Falls pada Khamis. - Foto NDELRIEGO/Twitter
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang pelajar perempuan melepaskan tembakan di sebuah sekolah di Idaho, barat laut Amerika Syarikat (AS) pada Khamis sekali gus mencederakan tiga orang sebelum seorang guru berjaya menangkapnya, kata polis.

Pelajar di Sekolah Menengah Rigby dekat Idaho Falls yang namanya tida didedahkan itu berada di gred enam yang bermakna dia kemungkinan berumur antara 11 atau 12 tahun.

"Dia menarik sepucuk pistol daripada begnya, melepaskan sejumlah tembakan di dalam sekolah dan keluar," kata Syerif Mukim Jefferosn, Steve Anderson seperti dilaporkan oleh AFP.

Menurutnya, seorang guru berjaya mengambil pistol pelajar itu dan menamatkan (insiden) tembakan," tambahnya lagi pada satu sidang akhbar.

Menurutnya, pelajar itu kemudian ditahan oleh guru berkenaan sehingga para penguat kuasa undang-undang tiba di tempat kejadian.

Anderson berkata, pelajar tersebut kini berada dalam tahanan polis.

Dalam kejadian itu, dua pelajar lain dan seorang staf di sekolah itu mengalami kecederaan.

Kejadian tembakan itu kini disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan pihak penguat kuasa undang-undang tempatan.

Artikel Berkaitan:

Menurut portal berita CNN, para pegawai tidak mengetahui motif kejadian tersebut.

Satu siri tembakan telah berlaku di AS sejak beberapa minggu lalu termasuk di kemudahan FedEX di Indianapolis, di sebuah pejabat di California, kedai runcit di Colorado dan beberapa buah spa di Atlanta. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!