Penuntut di kampus dibenarkan pulang

No Image Caption
A
A
A

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengimbas kod QR sebelum menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti untuk pulang ke kampung halaman ketika tinjauan Ops Hantar Pulang Pelajar bermula hari ini.

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan lebih 100,000 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang kini berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bersempena cuti Aidilfitri kecuali bagi Sarawak.

Pergerakan pelajar secara berfasa itu ditetapkan dari 7 hingga 12 Mei dari kampus ke kediaman masing-masing manakala tarikh kembali ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei.

Hanya pelajar yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) sahaja dibenarkan pulang, manakala mereka yang berada di bawah PKP Diperketatkan (PKPD) perlu terus berada di kawasan masing-masing. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Planetarium Negara

No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi