Covid-19: Bahagian ikan Pasar Borong KL ditutup

Pasar Borong KL
Pasar Borong KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan untuk menutup operasi di bahagian ikan Pasar Borong Kuala Lumpur bermula Ahad hingga 16 Mei ini.

Jurucakap DBKL berkata, penutupan itu adalah selaras dengan permintaan persatuan peniaga di pasar terbabit dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapat beberapa kes positif Covid-19 direkodkan melibatkan operator dan pekerja bahagian terlibat.

Katanya, operator dan pekerja di bahagian buah dan sayur pasar berkenaan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19 pada Ahad ini.

"Operasi di bahagian buah dan sayur bergantung kepada keputusan ujian saringan itu dan saranan KKM.

"Jika tiada masalah, mereka boleh beroperasi semula seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambahnya, pasar terbabit sebelum ini turut menjalani proses sanitasi secara mingguan iaitu pada setiap Ahad dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Pasar Borong Kuala Lumpur pernah menutup operasi pada April tahun lalu bagi memberi laluan kepada proses saringan besar-besaran selepas kawasan sekitarnya berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!