Lelaki dikhuatiri lemas cuba 'rentas' Sungai Golok
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki dikhuatiri lemas berhampiran pangkalan haram Parking di sini ketika berenang untuk 'merentas' Sungai Golok pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Imran Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.13 tengah hari.
"Mengikut maklumat awal kejadian itu disedari oleh penduduk negara jiran yang melihat mangsa berenang di Sungai Golok," katanya.
Imran berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan untuk mengesan mangsa.
"Seramai 13 anggota telah digerakkan ke lokasi untuk kerja-kerja SAR sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.
"Operasi SAR ini turut dibantu oleh polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!