Bonnie harumkan nama Malaysia di Thailand
ATLET negara, Bonnie Bunyau Gustin menampilkan kelas tersendiri pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand apabila meraih pingat emas kategori lelaki 72 kilogram (kg) sekali gus memecahkan rekod peribadinya pada Jumaat.
Atlet berusia 21 tahun tersebut selain melakukan angkatan seberat 226kg juga menempatkan dirinya dalam senarai teratas atlet layak ke temasya Paralimpik Tokyo 2020 tahun ini.
Dalam pada itu, pingat perak menjadi milik atlet dari Iran, Nader Moradi dengan angkatan 204kg manakala Alexandr Daskov dari Kazakhstan meraih pingat gangsa dengan angkatan 140kg.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!