Badminton Terbuka Malaysia tangguh

Lee Zii Jia antara pemain perseorangan negara yang menjadi sandaran pada saingan Terbuka Malaysia pada 25 hingga 30 Mei sebelum kejohanan ditangguhkan akibat peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia. - Foto AFP
Lee Zii Jia antara pemain perseorangan negara yang menjadi sandaran pada saingan Terbuka Malaysia pada 25 hingga 30 Mei sebelum kejohanan ditangguhkan akibat peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia. - Foto AFP
A
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan penangguhan Terbuka Malaysia yang dijadualkan diadakan 25 hingga 30 Mei di Arena Axiata Bukit Jalil di sini, akibat peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia.

BAM dalam satu kenyataan menegaskan yang keputusan untuk menangguhkan kejohanan itu diambil berikutan perbincangan dengan pihak berkuasa kesihatan dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

“Keputusan bersama itu telah dibuat bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebaikan kesemua pemegang taruh berkaitan,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

BAM menjelaskan yang mereka telah bekerjasama rapat dengan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan sebagai sebahagian daripada persediaan penganjuran Terbuka Malaysia sejak awal tahun lagi.

BAM juga telah mengambil kesemua langkah untuk mematuhi kesemua prosedur, garis panduan dan protokol, bagi mengendalikan suasana kejohanan yang selamat untuk ke semua peserta.

Terbuka Malaysia menjadi kejohanan kedua terakhir sebelum kejohanan Terbuka Singapura bulan depan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!