Bersungguh pohon keampunan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ANUGERAH yang paling besar sepanjang bulan Ramadan ialah kurniaan pengampunan dan rahmat daripada ALLAH.

Oleh itu, ramai yang begitu bersungguh-sungguh beramal sepanjang bulan ini.

Pun begitu, masih ramai yang menjadikan bulan ini seperti mana bulan-bulan yang lain.

Tiada tambahan amal berbanding Ramadan sebelum ini, malah ada juga semakin kurang amal mereka.

Justeru, sabda Rasulullah SAW: “Rugilah seorang yang telah sempat memasuki Ramadan, kemudian Ramadan pun berakhir sedangkan dia belum mendapat keampunan (dari ALLAH).” (Hadis Riwayat Ahmad).

Sebetulnya, ramai yang beragama dan percaya kewujudan ALLAH serta hari pembalasan, namun hanya berada di lapisan hati dan bukannya tersemat di sanubari. Kadangkala ‘berlagak’ seperti tidak perlu Tuhan. Pendek kata, mereka hanya perlukan Tuhan sewaktu susah dan jauh sama sekali untuk mensyukuri kurniaan ALLAH sewaktu senang.

Selain itu, mereka masih tegar dengan pelbagai perangai buruk serta pentingkan diri. Pendek kata, tanpa sedar mereka sebenarnya sedang melalui ujian yang besar daripada ALLAH iaitu ujian buta dan pekak daripada petunjuk Ilahi.

Sesungguhnya fenomena gelagat manusia menerusi media baharu sepanjang bulan Ramadan ini amat menggerunkan. Kenapa gerun? Mereka seumpama tidak sedikit pun menjaga puasa dengan sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

Apa yang jelas, mereka peroleh lapar dan dahaga semata-mata. Nampaknya, gejala mengutuk, mencerca dan menghina tidak pernah pudar ‘dipersembahkan’ menerusi pelbagai platform media.

Malah, penyebaran berita tanpa tabayyun sudah menjadi amalan dan budaya. Walhal, besarnya dosa jika kita menyakiti manusia. Jika beginilah sikap sebahagian besar masyarakat, kita sebenarnya meruntuhkan nilai dan peradaban dalam negara secara perlahan-lahan.

Berkaitan dosa terhadap manusia, Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya pada hari ini sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham.

“Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Keangkuhan

Ingatlah, kita bukannya sempurna. Lantaran itu, pengampunan daripada ALLAH serta kemaafan daripada manusia amat diperlukan.

Jangan takut dengan dosa-dosa silam kita, jangan gusar dengan ceteknya ilmu agama kita dan jangan malu untuk ungkapkan perkataan maaf kepada mereka yang pernah kita khianati.

Walaupun hati kita masih keras dan masih jauh dengan ALLAH, carilah masa dan beranilah mencuba untuk menadah tangan memohon kepada Ilahi agar dilembutkan hati untuk ‘mengaku’ kesombongan dan keangkuhan kita selama ini.

Daripada Anas bin Malik RA, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ALLAH telah berkata, ‘Wahai anak Adam. Selagi kalian berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Aku ampuni dosa yang telah dilakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak adam, sekiranya sampai dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon keampunan, nescaya akan Aku ampunkan. Wahai anak Adam, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, pasti Aku mendatangimu dengan pengampunan sepenuh bumi.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Justeru dalam tempoh yang masih ada, kita masih belum terlambat untuk pohon keampunan-Nya. Semoga dengan pengampunan-Nya kita diangkat menjadi kekasih ALLAH.

Tahun ini sekali lagi kita beraya dengan suasana serba terhad. Walaupun tidak terhad seperti tahun lepas, namun tanpa kebebasan apa gunanya berhari raya. Baju raya, kuih raya dan semua barang keperluan raya hanya diraikan untuk diri sendiri sahaja.

Walaupun tahun ini masih ada kelonggaran untuk raikan hari raya dengan bersolat raya, boleh ziarah pula mengikut ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN), tapi melihatkan kes yang begitu tinggi dan tidak ada tanda-tanda turun angkanya menyebabkan saya terpaksa berfikir dua kali juga.

Solat Jumaat yang berlangsung seminggu sekali pun sudah lama saya tidak hadirinya disebabkan Covid-19, inikan pula solat Aidilfitri yang berlangsung setahun sekali. Bukan apa, kita ada pilihan dari segi untuk tidak memudaratkan diri. Lagipun kita perlu berusaha untuk mencegah diri daripada terkena pada diri sendiri, keluarga dan jiran tetangga juga.

Walaupun raya tahun ini mungkin kali kedua menyambutnya dengan suasana agak lemau, isteri saya masih tidak ketinggalan membeli kuih dan baju raya. Tapi sejak awal puasa lagi saya sudah sedikit demi sedikit mengunyahnya. Apabila melihat kuih raya tak tahan pula hendak merasanya. Lagipun beli untuk dimakan juga.

“Awak ini tak boleh tunggu hari raya dulu ke baru makan? bebel isteri saya.

“Ala hendak rasa sahaja. Lagipun raya tahun ini kita juga yang akan makan kuih raya tu,” jawab saya sambil mengunyah dengan rakus.

Walaupun ada kuih raya yang rasanya agak tawar, namun saya tetap membedalnya juga. Kuih tart nanas telah habis dimakan bersama anak-anak. Isteri saya muncung mulutnya tidak berpuas hati ada kuih rayanya habis awal.

Sebelum itu saya ada juga memesan kuih raya lain di pejabat. Tapi katanya dekat hendak raya baru dapat. Sudah beberapa kali juga saya bertanya berapa harga semuanya sebab saya tidak ingat berapa jenis kuih yang saya pesan.

Lagipun saya merasakan elok di bayar awal, sebelum duit habis pula.

“Bila awak nak kira kuih saya? Berapa harganya? Saya hendak bayar ni?” kata saya tidak sabar lagi sambil mencongak-congak risau tidak cukup bajet.

“Nantilah Encik Faisal, nanti saya kira. Tak perlu kalut. Nanti dapat kuih pun boleh bayar. Orang lain ok sahaja,” kata penyambut tetamu di pejabat saya merangkap penjual kuih raya.

“Orang lain biarlah tak kalut. Lagipun awak susah nak cari pembeli macam saya yang tidak sabar-sabar hendak bayar. Orang lain kalau berniaga mesti hendak duit tunai cepat, awak tak nak pula,” kata saya.

Dia tersengih-sengih sahaja mendengar bebelan saya. Namun baru-baru ini saya ada bertanya lagi, tetapi katanya dia terlupa pula hendak menanda nama saya yang membuat tempahan kuih. Saya hanya mampu menepuk dahi sahaja.Dan yang lebih tidak seronok lagi tahun ini, saya perlu dikuarantinkan pula. Ini pun satu perasaan yang membuatkan saya sudah tidak seronok dan berasa lemau sahaja untuk berhari raya.

Saya akan dikuarantinkan sehingga 14 Mei. Semuanya ketika menghadiri mesyuarat persediaan operasi lebuh raya sempena musim raya. Saya telah diberitahu oleh seorang pegawai Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyatakan ada yang hadir mesyuarat, positif Covid-19.

Bak kata pepatah Melayu, sudah jatuh ditimpa tangga.Terpaksa cuti kerja, raya pun tidak dapat menyambutnya dan terpaksa pula berkurung sendiri sambil menanti dengan penuh pengharapan agar semuanya berlalu dengan tenang.

Maka, elok juga ketika musim pandemik yang tidak ada tanda-tanda akan reda ini, dibuat sahaja mesyuarat dalam talian. Selain itu, elok juga kerajaan membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat sekali lagi seperti PKP yang pertama.

Kalau dibuat separuh masak sahaja, mungkin tidak akan ada tanda-tanda akan redanya akan kes Covid-9 ini. Makin teruk adalah. Yang rugi kerajaan dan rakyat juga. Bak kata pepatah lagi, ibarat menjaring angin sahaja.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lemau untuk kali kedua.

* Prof Madya Dr Huzili Hussin ialah Ketua Pusat Kecemerlangan Inovasi dan Kelestarian Sosial (COESIS) Universiti Malaysia Perlis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!