PM India berdepan tekanan laksana sekatan ketat

Narenda Modi. - Foto REUTERS
Narenda Modi. - Foto REUTERS
A
A
A

NEW DELHI - Perdana Menteri India, Narenda Modi berdepan tekanan gesaan untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat di seluruh negara susulan peningkatan drastik kes Covid-10 yang tiada henti di negara itu.

Gesaan tersebut dibuat pakar kesihatan, ketua parti-parti pembangkang dan hakim mahkamah agung.

Malah, desakan dibuat selepas mereka menyatakan sekatan di negeri-negeri tidak berkesan dalam usaha membendung penularan.

Pada Jumaat, India sekali lagi merekodkan lebih 400,000 kes dengan 414,188 kes positif dan 3,915 kematian.

Malah, angka kematian kekal lebih 3,000 kes sejak 10 hari lalu.

Walaupun menurut pakar kesihatan awam, kes harian akan menunjukkan penurunan namun, penularan masih boleh berlaku di hospital.

Ini kerana ramai pesakit yang masih menunggu untuk menerima rawatan selepas kelengkapan katil dan bekalan oksigen dilaporkan tidak mencukupi. - Astro Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!