PKP: Peniaga kota bimbang bazar Aidilfitri diarah tutup

Keadaan bazar Aidilfitri di Lorong TAR pada Jumaat.
Keadaan bazar Aidilfitri di Lorong TAR pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peniaga bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) meluahkan kebimbangan kemungkinan operasi perniagaan mereka ditamatkan sebelum 12 Mei susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di ibu kota.

Mereka sebenarnya masih berharap operasi di kawasan itu diteruskan bagi mengelak peniaga mengalami kerugian.

Seorang peniaga, Asrina Yanti Ali Anas, 34, berkata, walaupun masih dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam namun kebimbangan itu masih ada susulan kes harian Covid-19 yang terus menunjukkan peningkatan, memungkinan PKP di Kuala Lumpur diperketatkan.

ASRINA YANTI
ASRINA YANTI

"Saya harap jangan ditutup operasi perniagaan di penghujung Ramadan ini. Inilah masanya orang ramai akan keluar membeli persiapan akhir hari raya," katanya ketika tinjauan Sinar Harian di lokasi pada Jumaat.

Katanya, ramai peniaga tidak menyasarkan untung yang tinggi pada tahun ini susulan bisnes kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Ramai yang datang melihat daripada membeli. Tambahan pula apabila masa operasi dalam tempoh PKP hanya setakat jam 10 malam. Pelanggan hanya datang selepas tarawih pada jam 10 malam.

Asrina Yanti berkata, dia terpaksa menjual pada harga murah kerana tidak mahu menunggu pada malam raya kerana bimbang bazar itu diarahkan ditutup lebih awal.

Artikel Berkaitan:

Peniaga kuih, Muhamad Helmi Rosle, 36 berkata, sambutan pelanggan tahun ini berbeza 10 kali ganda daripada segi tahun sebelumnya.

MUHAMAD HELMI
MUHAMAD HELMI

"Kalau dulu peniaga tidak sempat duduk kerana ramai pelanggan tetapi tahun ini banyak masa dihabiskan dengan duduk sahaja.

"Jika kebiasaannya jualan kuih ditambah stok setiap hari tetapi tahun ini stok awal berniaga pun masih ada sampai sekarang. Melihat keadaan ini, saya tidak fikirkan untung tetapi berharap stok yang ada ini habis terjual sahaja," katanya.

Akuinya, sambutan pengunjung mula bertambah baik minggu lepas ketika operasi bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi sehingga jam 2 pagi.

"Bagaimanapun selepas pengumuman PKP di beberapa daerah di Selangor seterusnya Kuala Lumpur, jumlah pengunjung semakin berkurangan. Boleh dikatakan purata jualan harian kurang RM500.

"Jualan terbaik saya pada Ahad lalu mencecah RM3,000 yang merupakan purata jualan bagi tahun-tahun sebelum ini. Mustahil jualan boleh mencecah RM8,000 seperti sebelumnya," katanya.

Dalam pada itu seorang pembeli yang ditemui, Zulieazra Alias, 36 berkata, dia tidak menjangka kerajaan akan melaksanakan PKP di hujung Ramadan ketika orang ramai akan sibuk membeli-belah pada minggu akhir Ramadan.

ZULIEAZRA
ZULIEAZRA

"Masa awal Ramadan kita tak sempat nak beli keperluan sebab sibuk uruskan hal sekolah sebab tak jangka akan ada PKP. Biasanya kita membeli-belah di hujung Ramadan.

"Jadi apabila diumumkan PKP, memang kena keluar awal untuk elak bersesak dengan orang ramai. Beli baju pun hanya bersendirian, tak bawa anak-anak sebab nak elak risiko," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!