Ratusan rakyat Palestin cedera ditembak polis Israel
BAITULMAQDIS - Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis.
Memetik laporan media antarabangsa, ribuan jemaah berkumpul di majis tersebut pada Jumaat terakhir Ramadan dan melakukan demonstrasi sebagai solidariti terhadap pengusiran yang dilakukan oleh Israel.
Polis dan pasukan sempadan Israel telah menyerang penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom tangan sejak beberapa hari lalu.
Puluhan rakyat Palestin turut dilaporkan ditangkap dalam kejadian tersebut.
Ketegangan di Baitulmaqdis semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu, berikutan rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan.
Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.
Amerika Syarikat (AS) menggesa ketegangan diredakan dan berkata, ancaman pengusiran itu akan memburukkan lagi situasi di Baitulmaqdis, susulan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pengusiran secara paksa itu akan membawa kepada 'jenayah perang'. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -45 rakyat Malaysia didakwa diperas ugut di konsert Jakarta DWP
25 Disember 2024 12:07amIsrael bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
24 Disember 2024 11:39pmPuak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
24 Disember 2024 10:36pmMenara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas
24 Disember 2024 10:09pm14 pemilik rumah teres terima pampasan RM6 juta
24 Disember 2024 04:40pmSetiausaha Kabinet Indonesia dikritik timbulkan kekeliruan
24 Disember 2024 07:42pmPempengaruh Man Kulim Peninnggg meninggal dunia
24 Disember 2024 09:45pmPemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
24 Disember 2024 02:04pm