Ratusan rakyat Palestin cedera ditembak polis Israel
BAITULMAQDIS - Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis.
Memetik laporan media antarabangsa, ribuan jemaah berkumpul di majis tersebut pada Jumaat terakhir Ramadan dan melakukan demonstrasi sebagai solidariti terhadap pengusiran yang dilakukan oleh Israel.
Polis dan pasukan sempadan Israel telah menyerang penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom tangan sejak beberapa hari lalu.
Puluhan rakyat Palestin turut dilaporkan ditangkap dalam kejadian tersebut.
Ketegangan di Baitulmaqdis semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu, berikutan rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan.
Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.
Amerika Syarikat (AS) menggesa ketegangan diredakan dan berkata, ancaman pengusiran itu akan memburukkan lagi situasi di Baitulmaqdis, susulan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pengusiran secara paksa itu akan membawa kepada 'jenayah perang'. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Langgar burung dipercayai punca pesawat terhempas
25 Disember 2024 07:25pm28 terselamat nahas Azerbaijan Airlines
25 Disember 2024 05:59pm42 terkorban, pesawat Azerbaijan Airlines terhempas
25 Disember 2024 05:13pmPesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
25 Disember 2024 04:53pmPenganalisis cadang nama KJ
25 Disember 2024 08:00amKalah kes saman fitnah: Hannah Yeoh wajar letak jawatan
25 Disember 2024 09:45amTiga negeri dijangka alami hujan berterusan mulai Sabtu
25 Disember 2024 04:17pmImigresen KLIA tahan kumpulan warga asing elak pemeriksaan
25 Disember 2024 08:23am