Lelaki samun, belasah wanita dalam lif direman

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lelaki yang membelasah dan menyamun seorang wanita di lif Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini, Khamis lalu direman hingga Isnin depan.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Taman Cheras, Jalan Cheras di Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, kira-kira jam 8.10 malam tadi.

Khamis lalu, mangsa seorang wanita berusia 48 tahun itu berada dalam lif stesen MRT Taman Cheras bersama suspek sebelum dibelasah dan disamun lelaki tersebut.

Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di dahi dan badan serta dirawat di sebuah hospital.

Pada jam 6.20 pagi sebelum insiden samun di lif, suspek dikesan turut melakukan samun ke atas sebuah kedai serbaneka yang jarak kedua-dua lokasi itu sekitar 500 meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita trauma dibelasah disamun

ARTIKEL BERKAITAN: RM10,000 ganjaran tangkap suspek belasah dalam lif MRT

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!