Tidak berkat minta kerja guna sijil palsu

DR ZAHARUDDIN
DR ZAHARUDDIN
A
A
A

TIDAK berkat pendapatan yang diterima seseorang itu sekiranya bekerja menggunakan sijil akademik palsu.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, ia secara jelas menipu menggunakan cara yang tidak sah untuk mendapatkan pekerjaan.

"Dalam kes sijil palsu ini kita kena tengok seseorang itu berniat nak menipu atau dia pun kena tipu. Kalau dia belajar menggunakan konsep universiti jarak jauh, buat tugasan dan hadiri peperiksaan, tetapi universiti itu tak ada akreditasi. Jadi dia bukan berniat nak tipu sebaliknya tidak tahu universiti itu tidak ada akreditasi, maka dalam kes ini kesalahannya tidaklah terlalu berat.

"Namun, jika dia ambil daripada universiti yang terang-terang palsu iaitu tak perlu peperiksaan, tugasan dan sebagainya seterusnya gunakan untuk minta kerja, maka dia sudah dikira menipu.

"Dalam Islam, Nabi kata siapa yang tipu menggunakan barang palsu maka dia bukanlah daripada kalangan kami.Jadi maknanya tak berkat gaji yang dia dapat," katanya.

Kata Zaharuddin lagi, selain gaji yang diterima tidak berkat, tindakan individu itu juga tidak adil kerana menafikan hak peminta kerja yang mempunyai sijil yang sah.

"JIka ada individu yang ketika ini mendapat pekerjaan atas tiket sijil palsu, nasihat saya bertaubat dan minta maaf.

"Kesalahan sijil palsu ini tidak boleh hanya bertaubat kepada ALLAH sebaliknya dia kena juga minta ampun kepada orang tang terpedaya dengan sijil palsu itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, seseorang perlu jujur kepada dirinya jika tidak mampu meneruskan pengajian ke peringkat tinggi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Biarpun kecoh, ijazah palsu masih dijual di Internet

ARTIKEL BERKAITAN: Sijil palsu: 30 hingga 40 kes direkod sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Sijil palsu: Bimbang warga asing ambil kesempatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!