Lelaki mengaku tak salah rogol kekasih bawah umur

Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas didakwa.
Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas didakwa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol kekasih bawah umur, awal bulan ini.

Mohammad Hafizal Najwa Zanuar, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohd Rosly Muhamad Nawi.

Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan bawah umur yang berusia 15 tahun dua bulan di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Labok, Machang, jam 11.15 malam, pada 1 Februari 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mac depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!