Geng Ustaz kutuk karikatur hina Nabi Muhammad

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) mengutuk perbuatan pemilik akaun Facebook, Foo Sing Wai yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah melalui karikatur melampau.

Presiden Geng Ustaz, Norazli Musa menyifatkan, perbuatan tersebut bukan sahaja biadab malah mencabar kesabaran umat Islam.

"Tindakan bodoh yang dilakukan individu berkenaan akan mengundang kemarahan dan kebencian umat Islam terhadap bangsa Cina apatah lagi, difahamkan dia merupakan ahli parti politik tertentu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihak Geng Ustaz meminta kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas sekali gus menyeru umat Islam di seluruh negara bangkit mengadakan bantahan dan kecaman demi mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad.

"Kami (Geng Ustaz) tetap dengan pendirian mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan bodoh, tidak bermoral dan biadab," tegasnya.

Baru-baru ini, tular menerusi laman sosial Facebook seorang lelaki yang menggunakan nama Foo Sing Wai telah memuat naik gambar karikatur menghina Rasulullah SAW.

Dalam karikatur terbabit mempamerkan seorang lelaki tua bersama seorang kanak-kanak perempuan yang menggambarkan Rasulullah SAW bersama isterinya, Siti Aisyah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!