Jangan kecam institusi mufti

Ahmad Marzuk (kanan) menyerahkan sumbangan ringkas kepada anak-anak yatim di Madrasah Al Uzma Lil Aitam, Kampung Chekok, Kota Bharu.
Ahmad Marzuk (kanan) menyerahkan sumbangan ringkas kepada anak-anak yatim di Madrasah Al Uzma Lil Aitam, Kampung Chekok, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Institusi mufti tidak wajar dikecam sebaliknya perlu menghormati pandangan yang dilontarkan oleh badan berkenaan berkaitan dengan fatwa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, walaupun orang ramai berbeza pandangan, namun apa yang dilontarkan oleh mufti wajar dirai dengan berhemah.

"Hal ini kerana fatwa itu mengambil kira semua aspek berlandaskan kepada hukum dan syariat yang telah terkandung dalam al-Quran, hadis serta sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mereka yang pakar dalam agama Islam," katanya selepas menyerahkan sumbangan ringkas kepada anak-anak yatim di Madrasah Al Uzma Lil Aitam, Kampung Chekok di sini pada Sabtu.

Menurutnya, umat Islam tidak wajar meremehkan pandangan atau fatwa dikeluarkan itu terutama di media sosial walaupun ada yang tidak bersetuju dengannya.

Katanya, hal ini kerana mereka adalah institusi terakhir yang bertanggungjawab dalam urusan agama berkaitan dengan fatwa, persoalan berbangkit dalam perihal hukum-hakam Islam ialah mufti.

Ahmad Marzuk berkata, apabila mufti dihormati secara tidak langsung perpaduan dalam negara dapat diperkukuhkan.

"Kalau semua orang nak pakai pandangan sendiri, tak rujuk kepada pandang akhir daripada mufti maka berlakulah perpecahan berterusan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!