Polis panggil Awie beri keterangan video tular

Vidoe tular Awie dan beberapa individu semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuan, Melaka.
Vidoe tular Awie dan beberapa individu semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuan, Melaka.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMASKINI] Polis akan mengambil keterangan kesemua individu yang terlibat dalam video tular membabitkan seorang legenda rock tanah air, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima laporan polis pada Ahad mengenai satu video klip berduarasi 42 saat yang tular di media sosial.

"Video tersebut menunjukkan seorang selebriti iaitu Datuk Awie dan beberapa individu lain telah melanggar SOP PKPP semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka.

"Kesemua yang terlibat dalam kes ini termasuk Datuk Awie dan penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan," katanya dalam satu kenyataan disini pada Ahad.

Mohd Sukri berkata, siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka untuk sebarang keputusan.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan)," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis memohon kesemua individu yang terlibat atau mempunyai maklumat untuk hadir ke IPD Melaka Tengah bagi membantu siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP PKPP dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang telah dikuatkuasakan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!