OIC, Liga Arab perlu bertegas libat serangan zionis ke atas Palestin

Kamaruzaman Mohamad. - Foto Sinar Harian
Kamaruzaman Mohamad. - Foto Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menggesa semua pihak dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan seluruh dunia Islam mengambil tindakan tegas terhadap tindakan rejim zionis Israel menyerang umat Islam di Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah sehingga mencederakan ratusan rakyat Palestin.

Ketua Penerangan parti itu, Kamaruzaman Mohamad turut mengecam keras tindakan terkutuk rejim zionis Israel yang sanggup menyerang kaum ibu, kanak-kanak dan orang tua ketika berada di dalam Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.

"Bahkan mereka bertindak membaling al-Quran ke atas lantai dan memijaknya dengan kaki mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan rakyat Palestin cedera ditembak polis Israel

Sehubungan itu, katanya, tindakan membela mangsa kekejaman rejim zionis perlu dilakukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang suci ini.

Dalam masa sama, Kamaruzaman berkata, parti itu juga menyeru seluruh umat Islam bermunajat kepada ALLAH SWT agar dilimpahkan kesejahteraan buat saudara seagama di negara berkenaan sebagai tanda solidariti bagi mempertahankan bumi Al-Quds.

Ini kerana menurutnya, saban tahun rakyat Malaysia mendengar serangan terkutuk rejim Zionis Israel dalam Ramadan, namun rakyat Palestin tidak pernah undur walau setapak.

ARTIKEL BERKAITAN: 22 penduduk Palestin cedera di Baitulmuqaddis

Artikel Berkaitan:

Malaysia kecam pencerobohan, serangan ke atas Masjid Al-Aqsa

Hadi kutuk serangan biadab Zionis di Masjid al-Aqsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!