Peniaga kecewa kebenaran berniaga ditarik balik

Ramai peniaga kecewa apabila perniagaan yang sepatutnya dijalankan sehingga akhir Ramadan terpaksa ditamatkan pada Ahad.
Ramai peniaga kecewa apabila perniagaan yang sepatutnya dijalankan sehingga akhir Ramadan terpaksa ditamatkan pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Nasib peniaga di bazar Aidifitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila perniagaan yang sepatutnya dijalankan sehingga akhir Ramadan terpaksa ditamatkan pada Ahad.

Lebih malang, pada hari terakhir pembukaan bazar tersebut, peniaga hanya dibenarkan beroperasi lewat berbanding kebiasaan kerana salah faham di antara penganjur, peniaga dan penguat kuasa yang bertugas.

Difahamkan peniaga pada mulanya diarahkan memberhentikan operasi tetapi kemudian dimaklumkan boleh berniaga semula kira-kira jam 1 tengah hari.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ramai peniaga kecewa terhadap salah faham tersebut serta arahan yang dikeluarkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu.

Peniaga mengemas barangan jualan mereka.
Peniaga mengemas barangan jualan mereka.

Menurut peniaga baju Melayu, Raid Mohd Radzi, 21, dia kecewa kerana tidak dibenarkan beroperasi sehingga akhir Ramadan seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.

Dia yang berniaga bersama bapa saudaranya hanya mendapat pulangan modal dan tidak mendapat untung jualan tahun ini.

“Pakcik saya sudah mengeluarkan kira-kira RM70,000 untuk memulakan jualan belum termasuk sewa tapak yang harganya di antara RM10,000 hingga RM15,000,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Raid
Raid

Menurut peniaga kerepek, Firdaus Wahab, 28, dia berharap selepas ini, semua pengumuman dapat disalurkan dengan menggunakan medium yang betul dan tepat serta dilakukan awal bagi mengelakkan kerugian kepada peniaga.

Katanya, sebagai penjual barangan makanan seperti kerepek dan kuih, mereka tidak boleh simpan stok terlalu lama berbanding pakaian dan barang hiasan.

“Kami sudah banyak mengambil stok tetapi terpaksa menjual secara dalam talian bagi mengelakkan kerugian,” katanya.

Firdaus
Firdaus

Peniaga baju kurung Marhini Marsido, pula berharap akan ada bantuan kepada peniaga yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Kalau boleh bagi bantuan kepada kami atau penganjur bagi pampasan sedikit sebab kami sewa tapak sehingga hujung Ramadan.

“Sekurang-kurangnya terubat juga kesedihan kami yang tidak boleh berniaga sehingga hujung Ramadan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!