Kalaulah Pak Samad masih hidup

Tokoh wartawan negara, Tan Sri A Samad Ismail
Tokoh wartawan negara, Tan Sri A Samad Ismail
A
A
A

MERAK Jalanan sempat menjadi anak murid Tan Sri A Samad Ismail atau Pak Samad semasa belajar di universiti dulu. Memang sangat bertuah sebab dapat berguru dengan seorang tokoh wartawan negara.

Pak Samad adalah guru yang agung. Walaupun Pak Samad terkenal dengan maki-hamun, tengking dan carutnya, Merak Jalanan dan rakan sekelas yang lain merasa tak kisah kerana mahu belajar.

Mula-mula memang terkejut tetapi lama-lama sudah biasa. Kalau tak mendengar Pak Samad mencarut, rasa macam tak seronok pula kelas pada hari itu. Pelajar lelaki ketawa berdekah-dekah, pelajar wanita pula muka merah padam menahan malu.

Bagi kami, maki-hamun, tengkingan dan carutan adalah kaedah allahyarham mengajar. Mungkin wartawan-wartawan hebat suka mencarut kerana allahyarham Rahim Kajai sendiri suka mencarut dan sering mengeluarkan kata-kata lucah.

Merak Jalanan tak suka mencarut tapi kadang-kadang terlepas juga terutama ketika marah. Tapi jangan buat pasal dengan generasi hari ini.

Jangan mencarut atau buat lawak lucah sebarangan. Silap gaya boleh tular di media sosial dibuatnya. Silap hari bulan ada aktivis dan NGO buat demonstrasi depan pejabat Merak Jalanan.

Baru-baru ini kecoh satu negara apabila seorang pelajar 17 tahun mendedahkan mengenai jenaka rogol yang dibuat oleh seorang guru Pendidikan Jasmani di sekolahnya melalui platform video Tik Tok.

Mungkin ia hanya satu gurauan tetapi Merak Jalanan sedih kerana isu tersebut telah menimbulkan suasana yang tidak kondusif di sekolah malah ada pihak yang mahu menghukum guru lelaki itu seolah-olah sudah melakukan jenayah rogol!

Artikel Berkaitan:

Kalaulah Pak Samad atau Rahim Kajai masih hidup, mungkin kedua-duanya sudah tular di media sosial kerana suka mencarut dan mengeluarkan kata-kata lucah itu!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!