Lemang daun lerek tiga perisa rezeki PKP

Zalina menunjukkan lemang daun lerek tiga perisa yang dihasilkannya iaitu original, jagung dan pulut hitam. Zalina sedang menggulung daun lerek sebelum dimasukkan ke dalam buluh.
Zalina menunjukkan lemang daun lerek tiga perisa yang dihasilkannya iaitu original, jagung dan pulut hitam. Zalina sedang menggulung daun lerek sebelum dimasukkan ke dalam buluh.
A
A
A

PASIR MAS - Kebiasaannya selain buluh, daun pisang menjadi bahan utama dalam pembuatan lemang, namun seorang tauke pakaian dari Kampung Benta, Pohon Buloh di sini mencuba kelainan dengan memperkenalkan lemang daun leret tiga perisa.

Zalina Zakaria, 37, berkata, lemang daun lerek agak asing di negeri Cik Siti Wan Kembang berbanding negeri di sebelah pantai barat.

"Kelebihan lemang ini ialah ia hanya perlu ditarik pada daunnya dan tidak perlu bersusah payah untuk memotong buluh seperti kebiasaan yang dilakukan sebelum menjamahnya.

"Bukan itu sahaja aroma yang dihasilkan daripada daun leret yang merupakan sejenis tanaman hutan itu akan membuatkan lemang yang dihasilkan menjadi lebih wangi dan sedap," katanya.

Menurutnya, lebih unik lagi lemang itu dihasilkan dengan tiga perisa iaitu perisa asli, jagung dan pulut hitam.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, idea untuk menghasilkan lemang daun lerek tiga perisa ini tercipta apabila perniagaan pakaian yang diusahakannya sejak 12 tahun lalu terpaksa dihentikan seketika ketika negara dilanda pandemik Covid-19 pada Mac tahun lalu.

Bermula hanya dua kilogram beras pulut, sekarang jualan lemang daun leret ini mencecah sehingga 400 batang sehari.
Bermula hanya dua kilogram beras pulut, sekarang jualan lemang daun leret ini mencecah sehingga 400 batang sehari.

Katanya, ketika itu dia tidak dapat membuka kedai serta barangan yang dijual tidak laku dek kerana pandemik Covid-19 yang menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehinggalah kantung kewangannya semakin menyusut.

Bermula 2kg beras pulut

Artikel Berkaitan:

Zalina berkata, bertitik tolak dari itu maka dia dan suaminya, Azman Mat Zaid, 43, mendapat idea untuk mencuba membuat lemang dan dijual kepada rakan-rakan terlebih dahulu sehinggalah mereka yakin untuk membuka sebuah gerai berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Pasir Mas.

"Bermula hanya dua kilogram beras pulut, sekarang jualan lemang daun leret ini mencecah sehingga 400 batang sehari.

"Untuk hari raya pada Khamis ini lebih 2,000 batang lemang telah ditempah dan akan disiapkan sebelum malam raya dengan bantuan 10 orang pekerja," katanya.

Menurutnya, perisa yang paling mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan ialah perisa asli, selain jagung dan pulut hitam.

Zalina berkata, lemangnya dijual dengan harga RM10 hingga RM15 sahaja mengikut saiz buluh.

Zalina dan pekerjanya menunjukkan rendang ayam dan daging tempatan yang disediakan untuk dimakan bersama lemang.
Zalina dan pekerjanya menunjukkan rendang ayam dan daging tempatan yang disediakan untuk dimakan bersama lemang.

Katanya, rendang ayam dan daging tempatan yang dibuat sendiri menggunakan resipi turun temurun keluarganya turut dijual bersama bagi memudahkan orang ramai menikmati lemang.

Dia berkata, selain rendang yang siap dimasak, turut dijual ialah pes rendang yang hanya perlu meletakkan santan dan ayam atau daging bagi memudahkan proses penyediaannya.

"Alhamdulillah walaupun kami sudah melalui beberapa kali PKP, namun jualan lemang tidak pernah menyusut malah ada sahaja permintaan walaupun pada hari biasa.

"Paling jauh pelanggan saya datang dari Terengganu dan selebihnya dari seluruh Kelantan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!