Kesesakan di CAC Stadium Melawati tidak benar

Penularan tangkap layar yang tular sebelum ini (kiri) dan keadaan semasa di CAC Stadium Melawati.
Penularan tangkap layar yang tular sebelum ini (kiri) dan keadaan semasa di CAC Stadium Melawati.
A
A
A

SHAH ALAM - Penularan satu tangkap layar memaparkan situasi kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati di sini adalah palsu dan tidak benar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kemas kini di laman Facebooknya pada Ahad berkata, CAC Stadium Melawati adalah berperanan sebagai pusat penilaian tahap kesihatan wabak Covid-19 dan bukannya beroperasi seperti pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

"Pesakit Covid-19 juga tidak dibenarkan bermalam di CAC Stadium Melawati," katanya.

Menerusi kemas kini itu, Amirudin turut memuat naik gambar situasi semasa operasi persekitaran CAC Stadium Melawati itu.

CAC Stadium Melawati yang broperasi di Seksyen 13 berfungsi bagi mengenal pasti tahap keadaan pesakit yang sudah disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, stadium itu menggantikan CAC Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) SS15 sebelum ini.

Beliau berkata, Stadium Malawati dianggarkan boleh memuatkan antara seramai 1,000 hingga 1,500 pesakit berbanding CAC di Dewan MBSJ yang hanya mampu memuatkan maksimum 500 pesakit.

Pesakit kuarantin di rumah di kawasan daerah Petaling juga boleh ke CAC Stadium Malawati untuk ditamatkan prosedur kuarantin di rumah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!