Pilihan raya dapat stabilkan ekonomi: Najib

Najib Razak
Najib Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat pilihan raya dilihat sebagai satu pilihan untuk menstabilkan ekonomi negara ini.

Menurutnya, sekiranya berlakunya sekali lagi pertukaran kerajaan dalam jangka masa pendek, ia akan lebih banyak memberikan masalah kepada orang ramai.

“Kalau kita nak tukar kerajaan (atau) lompat parti, ia tidak jadi. Cerita (ketidakstabilan) itu jadi ulang balik.

“Walaupun kita tukar pemimpin, tetapi ketidakstabilan itu masih lagi kekal dalam Parlimen dan sistem demokrasi kita.

“Jadi, lambat laun penyelesaian yang terbaik ialah mengadakan pilihan raya bila sampai pada masanya,” katanya menerusi wawancara ‘UMNO: Antara Realiti dan Harapan Baharu’ yang disiarkan menerusi Facebook UMNO Online pada Ahad.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengharapkan agar rakyat memberi mandat yang meyakinkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Kalau undi kita berpecah, akhirnya tidak ada parti yang menjadi induk dan tak ada penyelesaian juga.

“Rakyat mesti bersama dengan kita bukan sahaja nak pilihan raya tetapi pilihan raya untuk menentukan kerajaan yang stabil,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, untuk mendapat kerajaan yang stabil, rakyat perlu memberikannya kepada sebuah parti induk.

“Kalau undi kita berpecah, ceritanya ulang balik,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!