Pencerobohan Masjid Al-Aqsa: Israel dipertanggungjawab

Tentera Israel mengepung Masjid Al-Aqsa bagi menghalang rakyat Palestin memasukinya.
Tentera Israel mengepung Masjid Al-Aqsa bagi menghalang rakyat Palestin memasukinya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Rejim Israel perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa sejak tiga hari lalu.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan zalim dan menghina umat Islam oleh Israel itu bukan kali pertama dilakukan.

"Seperti saya tegaskan, Malaysia bukan sahaja mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban ini malah mahu Israel dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa," katanya menerusi Facebooknya pada Isnin.

Menurutnya, Malaysia tidak akan berganjak dengan pendirian itu malahan selamanya terus memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.

"Semoga pihak yang melakukan kezaliman terhadap negara dan rakyat Palestin, diberi azab pembalasan setimpal oleh ALLAH SWT," katanya.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 160 orang cedera dalam satu pertembungan yang berlaku antara polis Israel dan rakyat Palestin di pekarangan masjid Al-Aqsa pada Jumaat lepas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!