Solat hajat doakan kesejahteraan rakyat Palestin malam ini

Jawi saran masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat malam ini bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin.
Jawi saran masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat malam ini bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan disaran mengadakan solat hajat selepas Isyak malam ini bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin daripada kezaliman tentera Israel.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, sesungguhnya doa yang dikirimkan dari kejauhan di dalam bulan Ramadan yang penuh barakah adalah lambang solidariti umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.

"Ia juga bagi mengecam serangan tersebut dan menentang kezaliman berterusan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!