Jual baju raya RM10 bantu penduduk kurang mampu
SUNGAI PETANI - Butik Qasehku.com di Taman Ria Jaya, di sini yang menawarkan harga baju raya serendah RM10 menjadi tumpuan penduduk setempat sejak dibuka bulan lalu.
Pemiliknya, Natipah Abu berkata, butik berkenaan yang menyediakan pakaian dan barangan terpakai dijual antara harga RM10 hingga RM20 bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan.
Menurutnya, kebanyakan pakaian masih baharu serta berkualiti termasuk pakaian berjenama yang dihantar penyumbang dari seluruh negara menggunakan khidmat pos.
"Menyedari hakikat ramai yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19, kita menyediakan peluang dengan menawarkan baju dengan harga paling murah bermatlamat agar semua orang boleh merasa.
"Kalau lihat antara baju yang dihantar penyumbang masih elok dan cantik, ada juga yang menghantar baju baharu kepada kami," katanya.
Natipah yang aktif dalam melaksanakan kerja sosial pernah berkunjung ke beberapa buah negara luar bagi melaksanakan misi kemanusiaan berharap agar inisiatif berkenaan mampu membantu masyarakat tempatan khususnya di Sungai Petani.
"Baru sahaja kami didatangi seorang lelaki bersama kanak-kanak lelaki dengan wang kertas RM10 di tangan mencari baju Melayu untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.
"Pengalaman pengunjung sebegini yang membuatkan kami rasa sebak dan ingin memberi peluang beraya kepada lebih ramai orang yang memerlukan," katanya.
Menurut Natipah, hasil jualan akan disalurkan ke rumah anak yatim serta aktiviti kebajikan lain.
Butik Qasehku.com yang beroperasi setiap hari bermula 10 pagi hingga 6.30 petang terletak berhadapan dengan stesen minyak Caltex dan restoran makanan segera Texas Chicken di Taman Ria Jaya, Sungai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!