20 maut serangan udara Israel terhadap Gaza
BALTULMAQDIS - [DIKEMASKINI] Seramai 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas dalam serangan udara oleh Israel, semalam.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata Hamas melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Bailtulmaqdis menyebabkan negara Yahudi itu bertindak balas dengan kekuatan.
"Kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera kami," katanya.
Tentera Israel menyatakan 150 roket dilancarkan dari Gaza, puluhan antaranya dipintas oleh Sistem Pertahanan Udara Iron Dome, tanpa sebarang laporan korban nyawa.
Jurucakap Hamas, Briged Qassam mengatakan serangan roket itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel di Sheikh Jarrah dan di sekitar masjid Al-Aqsa.
"Ini adalah pesanan yang harus difahami oleh musuh dengan baik, jika anda bertindak balas, kami akan bertindak balas dan jika anda meningkat, kami akan meningkat," katanya.
Pada malam Jumaat lalu, lebih 200 orang cedera dalam pertempuran antara polis dan Palestin di esplanad, lokasi puluhan ribu jemaah berkumpul bagi solat Jumaat terakhir ketika Ramadan.- AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!