Nahas helikopter di China: Empat kru disahkan meninggal

Helikopter itu terhempas di Tasik Erhai pada jam 10.20 pagi Isnin ketika sedang mengangkut air untuk membersihkan dan mengairi kawasan yang terbakar akibat kebakaran hutan.
Helikopter itu terhempas di Tasik Erhai pada jam 10.20 pagi Isnin ketika sedang mengangkut air untuk membersihkan dan mengairi kawasan yang terbakar akibat kebakaran hutan.
A
A
A

CHINA - Keempat-empat kru yang menaiki sebuah helikopter disahkan meninggal dunia setelah helikopter itu terhempas di sebuah tasik di Kota Dali, Wilayah Yunnan barat daya China pada Isnin pagi, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan, Selasa.

Dua kru diselamatkan sekitar tengah Isnin, tetapi meninggal dunia ketika menjalani rawatan kecemasan. Dua anggota lain ditemui sekitar jam 2.55 pagi Selasa dan disahkan meninggal dunia.

Helikopter itu terhempas di Tasik Erhai pada jam 10.20 pagi Isnin ketika sedang mengangkut air untuk membersihkan dan mengairi kawasan yang terbakar akibat kebakaran hutan, kata pejabat maklumat kerajaan perbandaran Dali.

Kebakaran itu berlaku pada Ahad di sebuah hutan dan berjaya dipadam awal pagi Isnin. Seramai 2,532 orang dikerahkan untuk memadam kebakaran itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!