Ugut tetak jiran dengan parang panjang

Mohamad Amir dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku salah mengugut mahu mencederakan jirannya dengan parang panjang.
Mohamad Amir dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku salah mengugut mahu mencederakan jirannya dengan parang panjang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bengang dituduh mencuri barang di rumah jirannya, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila nekad menyerang dan mengugut mahu menetak wanita itu dengan parang panjang.

Bagaimanapun, keputusan agresif Mohamad Amir Abdullah, 34, dari Batu Rakit, Kuala Nerus, mengundang padah apabila dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Majistret membuat keputusan itu selepas dia mengaku salah mahu mencederakan mangsa, Sadiah Mat Saad, 42, dengan sebilah parang panjang di sebuah rumah di Jalan Merang, Pagar Besi Batu Rakit, Kuala Nerus, jam 5.35 pagi, pada 22 November lalu.



Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Chia Bih Huah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!