Peluang terakhir lawan wabak
AWANG mulanya tak yakin Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat secara menyeluruh.
Bukan Awang tak setuju langkah itu tapi Awang takut kalau kerajaan tak tegas dalam pelaksanaannya. Awang juga tak yakin sikap rakyat dalam soal ini.
Macam-macam langkah yang dibuat sebelum ini tak membuahkan hasil yang diharapkan.
Puncanya kerajaan macam tak tahu apa nak buat. Sekejap begitu sekejap begini. Rakyat pun dah macam hilang keyakinan cara PKP dilaksanakan.
Kerajaan kena bertegas kali ini. Jangan buat tindakan yang jadi bahan ketawa rakyat. Jangan sampai rakyat kata ada dua darjat daripada segi perlaksanaan.
Jangan lupa pula rakyat yang hidup kais pagi makan pagi yang teruk terjejas kerana PKP.
Awang bersetuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan, kalau kita tak jaga kali ini, jumlah jangkitan akan mencecah angka lebih daripada 5,000 sehari. Ini peluang terakhir pada pandangan Awang.
Kalau PKP seluruh negara dari hari ini sampai 7 Jun tak berjaya juga, baiklah kita isytihar kalah dalam perang ini sahaja.
Kita mesti putuskan rangkaian Covid-19. Hospital kita sudah mula penuh dengan pesakit. Petugas kesihatan dan berperang lebih setahun. Kita tak mahu jadi macam India sekarang.
Janganlah nak cari helah, guna lorong tikus nak balik kampung. Ingatlah, seorang yang bawa virus boleh jangkitkan satu kampung. Biarlah tak berhari raya tahun ini asalkan selamat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!