SoftBank Corp labur RM250 juta

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Dato ’Izzaddin Idris ketika sidang mefia pengumuman pelaburan oleh SoftBank
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Dato ’Izzaddin Idris ketika sidang mefia pengumuman pelaburan oleh SoftBank
A
A
A

SYARIKAT telekomunikasi Axiata Group Bhd melalui anak syarikatnya ADA, mengumumkan pelaburan berjumlah AS$60 juta (RM250 juta) daripada SoftBank Corp. dari Jepun.

Axiata dalam satu kenyataan berkata, tujuan pelaburan oleh SoftBank itu adalah bagi memperluas serta meningkatkan analitik, data dan perniagaan pemasaran digital kecerdasan buatan (AI) ADA di rantau ini.

Sehubungan dengan itu, SoftBank akan memegang 23.07 peratus saham ADA manakala Axiata kekal sebagai pemegang saham utama iaitu 63.47 peratus, secara keseluruhan menjadikan nilai pasaran syarikat itu mencecah AS$260 juta (RM1.07 billion).

“Pelaburan ini bertujuan untuk memberi ADA - syarikat digital, analitik, dan pemasaran bebas terbesar di sembilan negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara agar dapat memperoleh keuntungan dengan membuka peluang sinergi global yang besar ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, SoftBank, turut akan menjadikan ADA sebagai rakan pemasaran digital dan pemasaran utamanya di Asia bagi memanfaatkan rangkaian syarikat portfolio mereka dalam mencadangkan dan sediakan penyelesaian pemasaran digital yang menggabungkan teknologi eksklusif ADA dan model AI pengguna.

Ujarnya lagi, pelaburan tersebut juga memberi peluang kepada SoftBank untuk memperluas jejak mereka di rantau ini dengan membawa platform data pelanggan (CDP), ‘Treasure Data’ dan asas pengguna aplikasi komunikasinya, ‘LINE’ untuk kepentingan jenama dan tenaga pemasar.

Mengulas mengenai pelaburan SoftBank itu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Izzaddin Idris berkata pihaknya gembira menyambut SoftBank sebagai rakan niaga dan pemegang saham di ADA.

Katanya, pendapatan syarikat ADA yang kini mempunyai lebih daripada 1,300 pelanggan di rantau ini, meningkat tiga kali ganda sejak dilancarkan tiga tahun lalu, mencatat Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Amortisasi (EBITDA) yang positif sejak dua tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

Bersama dengan perkongsian Sumitomo yang sedia ada, pihak Axiata dapat menjangkakan bahawa pelaburan ini dapat meningkatkan lagi momentum pertumbuhan ADA di rantau ini kerana ia membuka peluang sinergi yang akan membentuk salah satu tonggak untuk mencapai cita-cita Axiata sebagai juara digital.

“Dengan peningkatan perniagaan dan modal ini, kami dapat mengembangkan model AI dengan lebih baik untuk penyasaran tepat, melabur dalam analisis kandungan, dan mewujudkan platform data bagi menyampaikan pandangan dan membantu perniagaan untuk berkembang,” katanya.

Wakil SoftBank Corp, Ken Miyauchi berkata, sejak penyenaraian awam SoftBank pada tahun 2018, pihaknya telah melaksanakan strategi pertumbuhan ‘Beyond Carrier’ dengan memperluas bidang perniagaan baharu SoftBank di luar perniagaan telekomunikasi.

“Kerjasama dengan ADA ini mengetengahkan tema baharu dalam strategi pertumbuhan syarikat kerana ia akan membolehkan kami menggunakan perniagaan pemasaran digital kami di luar Jepun dengan memanfaatkan kehadiran ADA di Asia sebagai syarikat data dan AI yang terkemuka,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!