Umat Islam di Thailand sambut Aidilfitri esok

Umat Islam di Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Khamis ini. Foto AFP
Umat Islam di Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Khamis ini. Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Umat Islam di Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Khamis ini, umum Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon.

"Disahkan anak bulan tidak kelihatan. Oleh itu, hari pertama Syawal jatuh pada Khamis bersamaan 13 Mei,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan malam tadi.

Umat Islam Thai yang majoritinya berada di daerah selatan - Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla -akan meraikan Aidilfitri mengikut normal baharu berikutan penularan COVID-19.

Solat sunat Aidilfitri tidak dibenarkan di masjid di tiga wilayah - Yala, Pattani, dan Narathiwat selain garis panduan kesihatan yang ketat bagi aktiviti sambutan.

Di Songkhla pula, umat Islam dibenarkan menunaikan Solat sunat Aidilfitri di masjid di kawasan yang tiada jangkitan.

Malam tadi, Malaysia dan Indonesia juga mengumumkan umat Islam di kedua-dua negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Khamis ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!