PKPD di kuarters pekerja Lombong Sungai Batu, Raub bermula 14 Mei

Kerajaan laksana PKP di kuarters pekerja Lombong Sungai Batu, Batu Talam, Raub bermula 14 Mei hingga 27 Mei. - Gambar hiasan
Kerajaan laksana PKP di kuarters pekerja Lombong Sungai Batu, Batu Talam, Raub bermula 14 Mei hingga 27 Mei. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kuarters Pekerja Lombong Sungai Batu, Batu Talam, Raub, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini hingga 27 Mei setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan terdapat kes baharu Covid-19 melibatkan pekerja lombong warga India.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail berkata, langkah itu membolehkan KKM menjalankan saringan awal serta mengesan kontak rapat untuk saringan dan pengasingan.

“Sehingga hari ini KKM telah melakukan ujian saringan melibatkan 50 pekerja dan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan harian PKP di sini pada Rabu.

Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan PKPD Kampung Sagah, Jalan Sungai Tengah Matang, Kuching, Sarawak dan Kampung Skim Cocos, Kunak, Sabah ditamatkan Jumaat ini seperti yang dijadualkan.

"KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala kes positif telah menerima rawatan," katanya.

PKPD di Sekolah Menengah Kebsngsaan Melugu, Sri Aman, Sarawak pula ditamatkan pada Khamis juga seperti dijadualkan setelah KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster terkawal dengan lapan kes terakhir direkodkan pada 30 April lalu.

Dalam pada itu, seramai 236 individu telah ditahan semalam hasil 140,598 pemeriksaan oleh Task Force Operasi Pematuhan dengan 235 individu dikompaun manakala seorang lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis sebanyak 115 kes, tidak memakai pelitup muka (50), tiada penjarakan fizikal (16) dan lain-lain (55).

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan juga telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meningkatkan pemantauan pematuhan SOP di negeri dan kawasan hotspot yang dikenalpasti di bawah sistem Pengecaman Lokasi Panas Untuk Libat Urus Dinamik (HIDE),” katanya.

Dalam tempoh yang sama seramai tujuh pendatang asing tanpa izin ditahan dan sebuah kenderaan darat dirampas dalam Ops Benteng. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!