Bazar Ramadan: Persatuan penjaja, peniaga mohon semula hak tapak tradisi

Persatuan-persatuan penjaja dan peniaga terlibat dengan penganjuran bazar Ramadan bagi tapak tradisi di ibu negara mahu DBKL kaji semula keputusan mengambil alih pengurusan semua tapak bazar Ramadan.
Persatuan-persatuan penjaja dan peniaga terlibat dengan penganjuran bazar Ramadan bagi tapak tradisi di ibu negara mahu DBKL kaji semula keputusan mengambil alih pengurusan semua tapak bazar Ramadan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memberi semula ‘hak’ penganjuran bazar Ramadan kepada persatuan-persatuan penjaja dan peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan beberapa lokasi tapak tradisi sekitar ibu negara bagi membela hak peniaga-peniaga kecil yang telah beroperasi sejak sekian lama.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah, berkata, kira-kira 2000 penjaja dikhuatiri terjejas dengan keputusan DBKL yang memperkenalkan kaedah pendaftaran terbuka untuk semua tapak bazar di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kesemua penjaja berkenaan merupakan penjaja-penjaja yang selama ini berurusan secara terus dengan persatuan yang menganjurkan bazar-bazar Ramadan.

“Jika DBKL mengambil alih penganjuran semua tapak termasuk tapak-tapak tradisi yang diuruskan persatuan-persatuan peniaga selama ini, kita bimbang penjaja sedia ini tidak berpeluang untuk dapat tapak.

“Mereka telah melakukan persediaan awal untuk menjalankan operasi perniagaan pada bulan Ramadan termasuk mengeluarkan kos modal sejak enam bulan lalu, jadi jika mereka tidak dapat tapak, mereka akan tanggung kerugian," katanya kepada pemberita hari ini yang berharap agar DBKL mengkaji semula keputusan berkenaan.

Mohamad
Mohamad

Sebelum ini Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad mengumumkan pemindahan tapak bazar Ramadan Jalan Masjid India ke Jalan TAR susulan keputusan penutupan sebahagian laluan Jalan TAR kepada kenderaan awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan bazar Ramadan dibuka dalam talian

Artikel Berkaitan:

Turut dinyatakan keputusan DBKL mengambil alih semua pengurusan tapak bazar Ramadan di ibu negara tanpa sebarang penganjuran oleh mana-mana pihak dan persatuan peniaga.

Susulan itu juga, DBKL telah memperkenalkan sistem pendaftaran tapak bazar Ramadan secara atas talian terbuka kepada orang ramai.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihaknya menyambut baik keputusan penutupan sebahagian Jalan TAR yang turut memberi peluang kepada penjaja kecil menjalankan operasi bazar Ramadan.

Bagaimanapun katanya, DBKL tetap perlu mempertimbangkan semula membenarkan penganjuran bazar oleh pihak persatuan penjaja dan peniaga.

“Kami beri jaminan kepada DBKL untuk bekerjasama memastikan tiada isu penjualan tapak bazar.

"Kami juga tak halang untuk DBKL ambil tindakan jika terdapat unsur penjualan tapak kepada pihak ketiga,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!