Sekretariat #Aid4Palestine ditubuhkan bagi sokong perjuangan Palestin

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Sekretariat #Aid4Palestine ditubuhkan dengan kerjasama lebih 40 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi mengambil tindakan proaktif dan segera membantu perjuangan Palestin.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekretariat yang akan dipengerusikan Muhammad Khalil Abdul Hadi itu akan menjalankan kempen kesedaran dan penyelerasan kutipan dana yang akan dilakukan melalui kaedah ‘crowfunding.

“Sekretariat ini akan berfungsi sebagai koordinator jaringan NGO dan masyarakat sivil bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

“Ia juga akan menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah ‘crowdfunding’ dengan sasaran bantuan RM 1juta yang akan disalurkan terus ke bumi Palestin,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Abdul Hadi berkata, selain daripada terus berdoa dan memberikan tekanan kepada rejim Israel melalui pelbagai cara, umat Islam juga boleh membantu perjuangan rakyat Palestin dengan cara memberikan infaq dan sumbangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, komitmen fasa pertama yang akan disalurkan menjelang 10 Syawal kini sudah mencecah RM350,000 hasil kutipan terkumpul daripada NGO PASRelief, Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia Society dan Cakna Palestin Malaysia.

Menurutnya, kutipan fasa kedua dengan minima RM650,000 akan dibuka sehingga 30 Syawal.

“Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan ini menjadi ganjaran dan pahala yang besar di sisi Allah sebagai tanda keimanan dan kasih sayang umat Islam kepada Palestin.

Artikel Berkaitan:

“Intifada di bumi Palestin adalah lambang kesatuan dan kebangkitan umat Islam seluruhnya melangkaui batas sempadan negara dan perbezaan mazhab, demi membela keadilan dan hak rakyat Palestin,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!