Liverpool terus buru slot Liga Juara-Juara

Jota diraikan pemain-pemain The Reds selepas meledak gol pertama pelawat.
Jota diraikan pemain-pemain The Reds selepas meledak gol pertama pelawat.
A
A
A

LIVERPOOL menyalakan pemburuan slot Liga Juara-Juara musim depan apabila mengatasi Manchester United 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford awal pagi tadi.

Kemenangan di laman keramat United itu membolehkan The Reds menghuni tangga kelima setelah mengumpul 60 mata selepas mengharungi 35 perlawanan manakala The Red Devils kekal kedudukan kedua dengan 70 mata lebih satu perlawanan.

Pada aksi tersebut gol anak buah Jurgen Klopp dijaringkan Diogo Jota pada minit ke-34 diikuti dua jaringan Roberto Firmino sebelum Mohamed Salah melengkapkan kemenangan pertama The Reds di Old Trafford sejak 2014.

Gol skuad tuan rumah kendalian Ole Gunnar Solskjaer pula dijaringkan Bruno Fernandes pada minit ke-10 dan Marcus Rashford (68').

Perlawanan kedua-dua kelab sensasi liga Inggeris tersebut ditangguhkan sebelum ini selepas penyokong-penyokong United bertindak memasuki padang sebagai protes terhadap pemilik kelab tersebut berikutan insiden Liga Super Eropah (ESL).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!