Gempa kuat 7.2 Skala Richter di Sumatera Utara, Indonesia
JAKARTA - Gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 pada Skala Richter berlaku di barat daya Pulau Sumatera Utara, Indonesia, pada Jumaat.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.
Menurut BMKG, gempa itu berlaku jam 1.33 tengah hari waktu Indonesia barat, berpusat di 141km barat daya Nias Barat-Sumatera Utara, di kedalaman 19km di dasar Laut Hindi.
BMKG kini memantau kejadian itu yang dibimbangi boleh mencetuskan gempa susulan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!