Ketupat lembik selepas dimasak, Adabi mohon maaf

Gambar tular dikongsi warganet berhubung ketupat nasi dimasak lembik
Gambar tular dikongsi warganet berhubung ketupat nasi dimasak lembik
A
A
A

SHAH ALAM – Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) memohon maaf kepada pengguna produk Ketupat Adabi susulan produk tersebut lembik setelah dimasak.

Adabi dalam satu kenyataan berkata, pengguna yang berhadapan masalah tersebut boleh menyalurkan aduan secara terus kepada mereka menerusi rangkaian media sosial rasmi Adabi.

“Untuk makluman, pihak Adabi telah pun mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara tersebut tidak berulang.

“Adabi menghargai maklum balas daripada pengguna kami di luar sana dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti ketupat ini amat dikesali,” kata Adabi dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Warganet sebelum ini melahirkan rasa kecewa terhadap produk tersebut yang lembik selepas dimasak.

Menurut salah seorang warganet, dia menyangka bahawa dia sudah tersalah memasak produk tersebut, namun sebaliknya.

“Baru perasan ramai rupanya ketupat Adabi jadi lembik. Ingatkan ada tersalah buat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!