Pertemuan terakhir sebelum jatuh sungai

Kenderaan mangsa terjunam ke dalam sungai di Jalan Lama Rantau Panjang-Pasir Mas, Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang di sini.
Kenderaan mangsa terjunam ke dalam sungai di Jalan Lama Rantau Panjang-Pasir Mas, Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang di sini.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Isteri mangsa lemas yang terperangkap dalam kenderaan di Sungai Golok tidak menyangka niat arwah suami untuk menghantarnya dan anak-anak ke rumah saudara adalah pertemuan terakhir mereka berdua.

Natrah Mohamad, 52, memberitahu, ketika kejadian, suaminya, Othman Long, 59, baharu sahaja beberapa minit menghantar dia dan anak-anak ke rumah saudara mereka dan meminta diri untuk pulang terlebih dahulu.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat kenderaan yang dipandu suami meluncur masuk ke dalam Sungai Golok di depan mata mereka.

"Saya terdengar bunyi kuat dan melihat kenderaan dipandu suami sudah jatuh ke dalam air.

"Saya tergamam dan terkejut. Kami semua menjerit meminta tolong penduduk kampung di kawasan tersebut.

"Penduduk terjun ke dalam sungai dan cuba memecahkan cermin kenderaan untuk menyelamatkan arwah tetapi tidak berjaya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas lemas kenderaan dipandu terjunam sungai

Dalam kejadian pada jam 3.16 petang itu, kenderaan Othman Long terjunam ke dalam sungai di Jalan Lama Rantau Panjang-Pasir Mas, Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang di sini.

Artikel Berkaitan:

Mangsa dikatakan menghantar isteri dan lima anaknya ke rumah saudaranya yang terletak 100 meter dari tebing sungai berkenaan.

Mengulas lanjut, Natrah memberitahu, dia tetap sabar menunggu lebih dua jam sementara orang ramai dan bomba membantu mencari arwah suami dengan harapan suaminya akan selamat kerana pandai berenang.

Bagaimanapun harapannya tipis apabila kenderaan dan mayat suaminya di temui pada jam 5.30 petang di kawasan yang sama iaitu di pangkalan haram Kak Mah, di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!