BN sambut baik teguran SPR: Ismail Sabri

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - BN menyambut baik teguran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan calon PRK DUN Semenyih mematuhi akta pilihan raya dalam kesalahan ‘treating’ (belanja).

Peringatan itu disampaikan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun yang berkata tindakan itu tersenarai sebagai satu kesalahan dalam pilihan raya mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BN berterima kasih kepada SPR kerana memberi peringatan secara terbuka kepada semua calon.

“Tapi jangan lepas teguran, ada yang tetap melakukan kesilapan. Itu bermakna mereka tidak menghormati SPR.

“Sedangkan bagi BN, hari pertama lagi taklimat diberikan selepas penamaan calon supaya tiada pelanggaran undang-undang dilakukan jentera kita.

“Kita akur dan hormat SPR. Saya harap PH juga lakukan perkara sama,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penduduk di Kampung Sesapan Kelubi, di sini, petang tadi.

Tambah beliau, setakat ini pihaknya tiada memberi arahan untuk menganjurkan majlis makan-makan bersama pengundi DUN Semenyih.

“Setakat ini kita beri arahan tiada makan-makan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

“Kecuali kalau jentera nak makan, tidak mengapa tapi jangan beri makan kepada pengundi. Itu tak boleh,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!