Thailand berkas tiga ketua sindiket dadah
BANGKOK - THAILAND. Polis Thailand menahan tiga ketua sindiket dadah terbesar di negara itu, selain merampas aset termasuk rumah dan kenderaan mewah dalam enam serbuan berasingan sekitar ibu negara, awal hari ini.
Kesemua aset berkenaan dianggarkan bernilai 100 juta bhat (kira-kira RM13.1 juta).
Timbalan ketua penyiasat polis daerah Muang, Narit Sorndit berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat bukti jelas bahawa kesemua suspek ada kaitan dengan kes penyeludupan dadah terbesar di negara tersebut pada 2014 dan 2015.
Polis mengesahkan suspek yang ditahan adalah Piyachat Witchadilok, 42 dan suaminya Krittipong Uthensut, 30.
Suspek ketiga adalah teman lelaki Piyachat, Amporn Heemman berusia 39 tahun. - Bangkok Post
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!