Sumbang elaun sebulan gaji untuk #Aid4Palestine: Dr Aliakbar

Aliakbar Gulasan
Aliakbar Gulasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Dr Aliakbar Gulasan bersetuju menyumbangkan sebulan elaun sebagai ADUN untuk disalurkan ke dalam tabung #Aid4Palestine.

Setiausaha Pas Sabah itu turut berkata, sumbangan terbabit sebagai tanda komitmen dan solidariti beliau untuk membantu saudara di negara itu.

"Saya bersetuju menyerahkan elaun satu bulan sebagai ADUN untuk disalurkan dalam dana #Aid4Palestine.

"Sumbangan ini sebagai tanda komitmen dan solidariti membantu saudara kita di Palestin yang tertindas dengan kekejaman rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, isu Palestin dan al-Quds bersifat sarwajagat merentasi kaum, agama dan kepentingan politik.

"Saya juga mengajak semua masyarakat menyalurkan sumbangan kepada tabung bantuan untuk Palestin.

"Marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan umat Islam Palestin dan beroleh kekuatan serta memohon kepada ALLAH SWT untuk mengalahkan Israel dan sekutunya," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: MB, Exco Terengganu potong sebulan gaji bantu Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!