Gelang merah jambu 'penyeri' tangan di Aidilfitri

Emma yakin mereka sekeluarga akan pulih sebaik mungkin dengan penjagaan makanan dan SOP yang diamalkan di rumahnya dalam tempoh kuarantin tersebut.
Emma yakin mereka sekeluarga akan pulih sebaik mungkin dengan penjagaan makanan dan SOP yang diamalkan di rumahnya dalam tempoh kuarantin tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU - Gelang merah jambu 'penyeri' tangan pemilik KCTV Production, Emma Kasmuri di Hari Raya Aidilfitri kali ini selepas suami dan anak perempuannya disahkan positif Covid-19 beberapa hari menjelang lebaran.

Emma atau nama sebenar Norazwatul Akmal Kasmuri, 36, ketika dihubungi memberitahu, pada awalnya hanya suaminya, Abdul Manan Awang, 51, disahkan positif dan dia serta tiga anaknya mula memakai gelang merah jambu seminggu sebelum hari raya.

Bagaimanapun, pada hari raya kedua, anak perempuan sulungnya, Alesya Natasha, 15, pula disahkan positif virus berkenaan dan mula menjalani kuarantin di rumah bersama bapanya.

Emma (kiri) sempat merakam gambar bersama anak perempuan sulungnya pada hari raya pertama sebelum anaknya itu disahkan positif pada hari raya kedua.
Emma (kiri) sempat merakam gambar bersama anak perempuan sulungnya pada hari raya pertama sebelum anaknya itu disahkan positif pada hari raya kedua.

"Sekarang ini saya dan dua lagi anak iaitu Airis Mikayla, 2, dan Ahmad Adam Iskandar, 10, masih lagi memakai gelang merah jambu ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun beraya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak boleh keluar rumah namun Emma bersyukur kerana masih boleh melihat anak dan suaminya dari jauh.

Kediaman dua tingkat miliknya di Kampung Aur Duri, Salor di sini memudahkan proses kuarantin di rumah untuk suami dan anak sulungnya itu.

"Pagi raya kami masing-masing bercakap dan sempat berborak dan bergelak ketawa di sebalik penghadang besi dengan jarak yang jauh.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan suami dan anak pun bertambah baik dan mereka benar-benar menjaga kesihatan masing-masing," katanya.

Emma dan anaknya hanya dapat berkomunikasi dari jauh disebalik penghadang besi walaupun berada di dalam satu rumah yang sama.
Emma dan anaknya hanya dapat berkomunikasi dari jauh disebalik penghadang besi walaupun berada di dalam satu rumah yang sama.

Mengulas lanjut, Emma memberitahu, dia tidak pernah menyangka suaminya akan dijangkiti wabak tersebut kerana mereka amat menjaga disiplin melibatkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur kerana simptom yang dialami suami dan anak tidak teruk dan mereka dapat melawan penyakit tersebut dengan baik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!