Israel terus bedil Gaza
BEBERAPA siri serangan udara oleh tentera Israel terus dilancarkan dan kali ini ia menyasarkan kepada kawasan keselamatan yang dikendalikan Kementerian Dalam Negeri Hamas.
Bedilan letupan itu menggunakan jet pejuang yang turut menyasarkan barat Kota Gaza.
Ribuan penduduk Palestin menyelamatkan keluarga dan barangan keperluan serta meninggalkan kediaman pada jumaat.
Ia susulan beberapa siri serangan udara dan darat dilakukan Israel yang dakwanya, operasi berkenaan bertujuan melumpuhkan terowong pejuang Hamas.
Ketika wakil antarabangsa menggesa gencatan senjata, Israel dilihat terus giat melakukan kerosakan dengan menyasarkan pejuang Hamas melalui serangan di Gaza. - Astro Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!