E-wallet RM150 buat belia, mahasiswa

Dengan peruntukan RM300 juta, Program e-Belia dijangka akan memberikan manfaat kepada dua juta belia dan mahasiswa berumur 18 hingga 20 tahun atau menuntut di IPT.
Dengan peruntukan RM300 juta, Program e-Belia dijangka akan memberikan manfaat kepada dua juta belia dan mahasiswa berumur 18 hingga 20 tahun atau menuntut di IPT.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan menerusi Program e-Belia akan mengkreditkan RM150 ke dalam akaun e-wallet belia dan mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia merupakan salah satu langkah untuk menyokong inisiatif pendigitalan dengan menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia.

“Dengan peruntukan RM300 juta, inisiatif ini dijangka akan memberikan manfaat kepada dua juta belia dan mahasiswa berumur 18 hingga 20 tahun atau menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Mereka yang layak boleh menebus kredit e-wallet sebanyak RM150 menerusi aplikasi e-wallet yang terpilih,” katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2021 pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian barisan belia negara yang memperoleh kejayaan sekali gus mengharumkan nama negara sejak kebelakangan ini.

“Kita menerima khabar gembira apabila dua orang anak muda kita, saudara Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Harvard College di Amerika Syarikat.

“Selain itu, jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia turut mengharumkan nama negara apabila merangkul kejuaraan dalam Kejohanan All England 2021, manakala Pandela Rinong pula meraih pingat emas dalam Kejohonan Terjun Piala Dunia FINA 2021.

“Tidak ketinggalan juga kepada raja pecut negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom yang mengungguli Kejohonan Berbasikal Trek Kebangsaan di Australia,” ujar Muhyiddin

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, beliau berkata, kesemua pencapaian tersebut membuktikan bahawa dengan iltizam dan semangat perjuangan, rakyat mampu bersaing di persada antarabangsa di samping merealisasikan potensi dan kemampuan diri masing-masing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!