12 lelaki gagal raih untung seludup mercun RM635,347

Azhari (tengah) melakukan tinjauan di pengkalan haram MCA di Rantau Panjang sempena Op Benteng Covid-19.
Azhari (tengah) melakukan tinjauan di pengkalan haram MCA di Rantau Panjang sempena Op Benteng Covid-19.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Hasrat 12 lelaki untuk meraih untung mudah dengan cara menyeludup mercun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri membawa padah apabila mereka dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, kesemua 12 lelaki itu dicekup dalam serbuan berasingan di sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas sepanjang penugasan Op Benteng Covid-19 bermula 16 Mac lalu hingga Sabtu.

"Siasatan awal mendapati pelbagai jenis mercun bernilai bernilai RM635,347 yang turut drampas ini untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Menurutnya, kesemua mercun itu dibawa menggunakan 'laluan tikus' yang terdapat di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Beliau berkata, bagaimanapun hasil maklumat unit risikan PGA berjaya mematahkan cubaan tersebut.

Azhari berkata, sepanjang Op Benteng Covid-19, PGA Batalion 7 telah berjaya merekodkan rampasan berjumlah RM4.8 juta sepanjang penugasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Katanya, walaupun penyeludup menukar operasi mereka kepada waktu berbuka dan bersahur namun anggota PGA berjaya membaca perubahan taktik itu.

"Demi negara, kami hanya berbuka puasa dengan sebutir kurma bersama air suam, namun anggota PGA tetap kental melaksanakan penugasan di Op Benteng Covid-19 sebaik mungkin," katanya.

Artikel Berkaitan:

Azhari berkata, PGA akan terus melipatgandakan operasi dalam membendung aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Katanya, penugasan membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut diberikan perhatian.

"Kita mahu memutuskan rantaian Covid-19 yang berkemungkinan dibawa masuk oleh mereka (PATI)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!