Rusuhan 'Kerajaan Gagal': 13 individu dibebaskan dengan jaminan polis

Insiden merusuh, membakar suar dan menaikkan kain rentang 'Kerajaan Gagal' di Parit Raja yang tular dalam laman sosial.
Insiden merusuh, membakar suar dan menaikkan kain rentang 'Kerajaan Gagal' di Parit Raja yang tular dalam laman sosial.
A
A
A

BATU PAHAT - 13 daripada 20 individu yang disyaki terlibat dalam demostrasi jalanan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis 'Kerajaan Gagal' di Parit Raja, Batu Pahat pada Khamis dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mereka dibebaskan pada jam 11.30 pagi Ahad.

"Sementara baki tujuh individu lagi masih diperlukan untuk membantu siasatan polis. Siasatan masih lagi dijalankan.

"Kes masih belum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya kerana hari cuti, mungkin esok," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan 20 individu pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam insiden merusuh, membakar suar dan menaikkan kain rentang 'Kerajaan Gagal' di Parit Raja yang tular dalam laman sosial.

Kesemua individu berusia antara 16 hingga 28 tahun itu merupakan penduduk setempat dan sebelum itu, pihak polis menerima maklumat orang awam berkenaan kejadian itu pada jam 11.04 pagi Khamis.

Kemudian beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam dan pada jam 7.36 petang Khamis sebelum satu laporan polis diterima.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!